Jumaat, 27 Ogos 2010

Saban Hari....

Saban hari ku celik mata,
Mengharapkan cita ku kan tercapai jua,
Walaupun ku tahu jasad tersiksa,
Bergelumang dengan api yang melanda,
Bahkan air tidak terlawan olehnya.

Saban hari ku bangkit,
Mengharapkan manis tidak bertukar kepada pahit,
Walaupun ku tahu ianya sakit,
Luka di hati yang sentiasa tercalit,
Tiada siapa tahu apa yang tersulit….

Aku sedar diriku hanyalah hamba,
Tugasku tidak terhenti begitu sahaja,
Mendambakan diri kepada yang maha esa,
Mengharap DIA sedang mendengar,
Dan yang pacal ini haruslah bersabar,
Walaupun hati sedang berdebar,
Mengharapkan Diri tidak tersasar.

Sabtu, 31 Julai 2010

FIKIR...

Aku berfikir,

Apa Yang Engkau Fikir,

Aku Berfikir Sebagaimana Seorang Pemikir Itu Berfikir,

Mungkin Tidak Sebaik Dengan Apa Yang Engkau Fikir,

Saban Hari Aku Berfkir....

Fikir dan Fikir..

Kerana Ku Sedar Umur Ku Sedang Mengalir,

Kerana Itulah Aku Bermusafir,

Untuk Tidak Rasa Terpinggir,

Untuk Mengelak Malu Di Sindir,

Yang Aku 'Seorang Yang FAKIR'

Ayuhla Teman,

Kita Fikir dan Fikir,

Bersama-sama Menjadi Pemikir...

Wahai Pemikir,

Aku Sedang Berfikir,

Apa yang Engkau Fikir?

Fikir-fikirkanlah...